Catatan Kehamilan – Bila disahkan mengandung lagi


Assalamualaikum w.b.t

Untuk ingatan di masa hadapan, saya suka nak menulis pengalaman awal semasa mengandung kali ketiga ni.

Mula-mula disahkan hamil

Masih ingat lagi time tu saya tengah buat projek mengecat dinding rumah. Bila dah duduk rumah ni, ada je rasa tak kena, So saya decided untuk mengecat dinding di hadapan tangga. Tak larat melihat contengan anak-anak di situ. Ia cuma mengambil masa setengah hari untuk mengecat dinding tersebut. Sebaik sahaja habis mengecat, saya rasa tak sedap badan, macam nak demam. Badan jadi lenguh-lenguh. Saya buat tak tahu ajelah, malas nak layan.

Keadaan ini berlarutan 2 hari. Disebabkan dah pernah mengandung sebelum ini, saya syak saya pregnant, tapi macam mustahil. Baru hari tu period saya datang. Period pun cuma tompokan darah, sehari sahaja, tidak seperti biasa. Period saya memang tetap setiap bulan.

Saya pun beli la pregnancy test, to my dismay, keputusannya tidak positif dan tidak negatif. Null. Ok fine.

Dilanda sakit perut

Kemudian saya sakit perut, bagai diserang gastrik (saya tak pernah ada gastrik sebelum ni). Saya beranggapan mungkin la kot sebab saya tidak mengambil makan tengah hari. Lunch saya cumalah buah-buahan dan colek. Hahaha, malas nak masak!

Baru saya tahu bagaimananya rasa diserang gastrik, perut memulas-mulas dan sakit yang teramat sangat. Selera makan terus hilang. Ubat yang diberikan oleh doktor seperti tidak membantu.

Disebabkan 2 minggu keadaan ini berlarutan, saya pergi berjumpa dengan doktor di hospital. Namun keadaannya masih tidak berubah. Masa ni kerja-kerja rumah suami yang banyak membantu, saya cuma terbaring menahan sakit perut yang teramat.

Pernah saya call husband di pejabat untuk kembali ke rumah kerana saya takut saya pengsan sorang-sorang di rumah. Masa tu nak makan pun tidak terdaya.

Ada isi rupanya

Bimbang bertambah teruk, saya ke hospital sekali lagi. Berdasarkan simptom yang saya beri. doktor mengesyaki saya pregnant dan mengalami kehamilan ektopik. Lantas di-scan dan alhamdulillah ada baby dalam kantungnya. 6 weeks. Mujur bukan kehamilan ektopik (luar rahim).

Doktor menjelaskan tompokan darah (saya ingat period) yang saya alami tempoh hari mungkin adalah akibat dari penempelan embrio (implantation) di rahim saya. Oh begitu pulak. Hasil pregancy test kit yang null itu pulak mungkin disebabkan paras hormon hCg (hprmon kehamilan) yang masih rendah dan tidak dapat memberikan keputusan. Tapi saya anggap salah saya yang terburu-buru.

Lantas saya dirujuk kepada pakar O&G untuk mengesahkan kehamilan saya. Yang tadi tu doktor kat bahagian pesakit luar je. Setelah menunggu hampir 2 jam kerana pakar O&G tersebut on-call. Beiau mengesahkan saya hamil dan bukan kehamilan ektopik. Tetapi beliau tidak dapat menjelaskan punca sakit perut saya itu. Cuma beliau cakap ada seperti luka di dalam perut. Saya diberi ubat untuk kuatkan rahim, Duphaston kalau tak silap.

Terkejut jugak saya bila dapat perkhabaran gembira tersebut. Tak terjangka, sebab saya tengah mencari kerja selepas MSS bulan September 2015. Saya masih sayangkan pengalaman saya sebagai seorang jurutera proses 🙁  On the other side, dah time saya tambah ahli keluarga, anak first lahir 2010, anak kedua lahir 2013 dan insyaAllah yang ketiga ni lahir 2016. Umur pun semakin meningkat dan kudrat pun semakin berkurang.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia Maha Mengetahui. Saya terima seadaanya. InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik selepas ini.

Welcome my baby !

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge