Catatan Kehamilan – Vena Varikos


Assalamualaikum w.b.t

Mengandung kali ni saya mengalami vena varikos (vericose vein), sama seperti kehamilan kedua yang lalu.

Secara ringkasnya, vena varikos adalah satu kejadian di mana urat kaki timbul dan nampak kehijauan-keunguan. Boleh rujuk post saya yang terdahulu mengenai Vena Varikos.

Teruk ke?

Bagi saya, ianya tidak lah seteruk mana pun. I accept  it as part and parcel of my pregnancy journey. Bukan ada apa pun..cuma tak boleh diri lama-lama. Secara tak langsung menghadkan keupayaan diri untuk jalan-jalan di shopping complex for nothing. Takde istilah cuci mata je once dah ada vena varikos ni.

Beratur kat mesin ATM pun dah hazab rasa.

(Sian akak-akak yang berdiri dalam komuter pegang perut sambil other commuters boleh buat dek main game..diorang tak tahu urat kaki dah timbul-timbul tahan berat badan + berat bag, silap-silap boleh jadi hulk)

Kajian menunjukkan 20% wanita hamil mengalami vena varikos dan 50% daripadanya mewarisi secara keturunan.

Saya lah orang itu!! Takde apa pun..lepas bersalin ok lah tu 👌.  Hilang dengan sendirinya. 

Penjagaan kaki

Saya pun tak sure kenapa urat kaki kiri aje yang timbul. Kaki kanan elok aje cantik. Eceh, takkan saya nak gambar kat sini kan. Saya syorkan anda memakai stokin ketika keluar dari rumah. Kita pun tak tahu apa yang akan terjadi di luar sana, mungkin tersepak batu, tersepit pintu, ada barang terjatuh atas kaki dan sebagainya. Incident-incident tersebut mungkin menyebabkan salur darah pada kaki pecah dan seterusnya lebam. Lagi tak senang duduk kan.

Bukan nak cakap kalau pakai stokin tu, semua incident boleh dielakkan, cuma kesan dari incident tersebut boleh diminimumkan.

Lagi satu, selaras dengan pertambahan berat badan, saya syorkan untuk membeli kasut / sandal yang selesa. Sebagai contoh Scholl Memory Cushion. Memang selesa. Eh saya bukan nak promote brand ni, cuma saya nak share pengalaman saya. Kalau ada yang lebih selesa dari Scholl, teruskan. Janji ia selesa dan kita yakin boleh melangkah dengan selamat.

Selain tu anda mungkin dah tahu pasal kena tinggikan kaki semasa berbaring, in fact semasa menonton tv pun kena jugak. Kurangkan menjuntai kaki 🙂

Setakat ini perkongsian saya mengenai kehamilan ketiga ini – vena varikos.

Jumpa lagi!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge