Hello Januari 2016


HELLO JANUARI 2016

Assalamualaikum w.b.t

Tahun baru azam baru. Azam saya untuk sentiasa meng-update blog saya,  tak mau dah bersarang macam dulu. Kali ni lebih fokus sebab saya nak capai Supervisor bulan Disember nanti.  chaiyok!

shaklee tahun baru

Bantu siapa untuk sihat

Yeah tahun ni masih dengan misi asal saya bersama Shaklee iaitu untuk bantu orang lebih sihat secara semulajadi. Mula-mula tentulah keluarga saya. Saya nak sihat supaya saya boleh uruskan anak-anak saya. Suami saya sihat untuk memudahkan beliau mencari rezeki. Anak-anak saya sihat supaya mereka cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan mereka kelak. Jika badan sihat, otak cerdas, bukan kah begitu?

Kemudian saya nak ibu bapa saya sihat supaya mereka dapat menikmati hasil dari usaha keras mereka selama menjadi guru. Biarlah mereka dapat merasai hidup di rumah besar hasil simpanan mereka. Selain itu dengan kesihatan yang dianugerahkan, bolehlah mereka beribadah dengan sempurna. Ayah saya telah bercongak-congak untuk mengerjakan umrah selang beberapa tahun, alangkah indahnya jika beliau terus dikurniakan dengan kesihatan yang berpanjangan.

 

Kemudian saya nak orang lain pun sihat. Sihat membolehkan kita mengejar impian kita. Tiada halangan untuk melakukan apa saja. Lihat macam Tun Dr Mahathir, beliau masih sihat sehingga ke hari ni. Beliau masih boleh lakukan apa yang beliau suka, iaitu membaca.  Contoh yang paling mudah, demam. Mana betah untuk membaca di saat kita sedang lesu di atas katil.

Semua orang kena sihat, cikgu cikgi kena sihat untuk ajar anak murid, mak guard pun kena sihat untuk jaga keselamatan sekolah, tukang kebun kena sihat untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif untuk murid-murid, makcik kantin kena sihat untuk menyediakan makanan murid-murid dan paling penting murid-murid kena sihat supaya mereka boleh belajar. Semua orang kena sihat.

Sihat secara semulajadi

Kenapa kena sihat secara semulajadi? Sihat semulajadi bermaksud anda menggunakan bahan dari alam semulajadi untuk menjaga kesihatan. Bila anda guna sumber semulajadi, hasilnya adalah terbaik. Contoh yang paling senang, nasi lemak daun pisang. Aromanya sudah menyelerakan. Contoh kedua, kuih seri muka (orang terengganu cakap kuih tok aji serban) yang mengunakan daun pandan (berbanding pewarna hijau). Rasanya lebih menyerlah.

Begitu juga dengan kesihatan kita. Kena guna sumber semulajadi untuk sihat.  Kalau selsema, makan buah oren. Kalau batuk, bakar bawang putih. Kalau nak putih,  no komen. Hihihi…

Tapi tak larat la kan nak telan bawang putih bakar..sebab tu saya prefer Garlic Complex dari Shaklee. Telan je lepas tu minum air. Dah. Lepas tu ok.

Sihat secara semulajadi ni bukannya benda baru. Pengasas Shaklee ni , Dr Forrest C. Shaklee asalnya tiada harapan untuk hidup selepas dilahirkan kerana menghidapi penyakit tibi. Tapi ibu bapanya percaya kepada kuasa alam semulajadi. Mereka menggunakan sumber semulajadi untuk membesarkan anak mereka dan berjaya hidup selama 91 tahun! Kan saya cakap sihat secara semulajadi adalah terbaik!

Jom sihat tahun ini!!

ORDER SHAKLEE?

CALL NURUL 019 987 3721

COD SAUJANA UTAMA & SHAH ALAM 

Salam sayang,

Your trusted skin care specialist

Nurul 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge