Rasa nak konsisten je ambil Vitamin C


Assalamualaikum w.b.t

Kebaikan Vitamin C

Tetiba hari ni saya nak share pasal Vitamin C. Alkisahnya hidung dah berlari ( running nose). Sangat annoying ok bekerja dengan hidung yang tak kering-kering ni. Orang tengok pun tak semenggah.

Bila cakap pasal selsema ni, mesti terus suggest Vitamin C. Dari kecik lagi kita diajar begitu kan. Baguslah begitu. Ajaran mak, ayah & cikgu masih lagi lekat walaupun umur dah masuk 3 series.

Bila saya godek-godek fungsi Vitamin C ni, masyaAllah banyaknya kebaikan. Ok, lepas ni nak konsisten makan walaupun hidung dah tak berlari lagi. Ok, mari kita lihat akan kebaikan / fungsi Vitamin C dalam badan kita.

Fungsi Vitamin C :

  • Diperlukan dalam penghasilan kolagen (Collagen) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments, tulang, gigi, rambut dan kulit
  • Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal di dalam fungsi otak & saraf manusia .
  • Sebagai bahan ANTI-OKSIDAN di dalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya.  Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi di dalam tubuh kerana proses-proses biokimia di dalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin ,  sinar UV dari matahari dan sebagainya.
  • Membantu untuk mengaktifkan agen-agen anti-oksida yang lain di dalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dan sebagainya
  • Vitamin C diperlukan untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
  • Membantu dalam metabolisme kolesterol di dalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids) . Oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang di dalam pundi hempedu ( Gall Stone )
  • Sebagai coenzyme di dalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen

Secara ringkasnya, Vitamin C adalah  :

(a) Sebagai anti-oksidan yang penting

(b) Pemulihan luka dan melecur

(c) Pembinaan kolagen dalam badan

(d) Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia

(e) Membantu penghasilan hormon

(f) Membantu penghasilan protein untuk sistem immuniti tubuh

(g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk

(h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik)

(i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah)

(j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab

(k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah

(l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata

(m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi

(n) Membantu mengawal dan mengurangkan selsema

Banyak giler fungsi Vitamin C dan kebaikannya. Asalnya nak ambil untuk hidung berair rupanya banyak lagi kebaikannya. Rasa tak mau dah skip ambil Vitamin C walaupun hidung dah tak berair. Nak konsisten ambil.  Lagipun bukan payah sangat sebab 1 tablet Vitamin C Sustained Released ni bersamaan dengan 7 biji oren. Saya cakap terus-terang, saya tak mampu nak makan sebegitu banyak buah oren dalam masa sehari.

So saya ganti (substitute) dengan Vitamin C. Bulan Disember lalu ada promosi Vitamin C, nasib baik dah borong banyak untuk buat stok. Bukan apa, Vitamin C ni kadang-kadang takde stok. Satu Malaysia takde stok. Biasalah vitamin Shaklee ni dihasilkan dari sumber semulajadi, faham sahaja la dengan perubahan cuaca dunia sekarang ni. Bukan nya vitamin sintetik yang dihasilkan dalam kilang, dibuat-buat, semedang je ada kan.

Apa lagi, jom ambil Vitamin C untuk kesihatan kita. Kesihatan itu adalah anugerah. Apa maksud anugerah? Maknanya kena jaga elok-elok dan tak semua orang dapat. So jom sihat! Boleh call / whatapps / telegram saya untuk khidmat runding percuma. Segan nak call? Email saya di nurul.syuhaida207@gmail.com. Saya akan reply secepat mungkin. Harga istimewa menanti anda.

Salam sayang,

Nurul 019-987 3721

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge