Tips untuk sentiasa bawa krim serbaguna Herbal Blend 3


Tips untuk sentiasa bawa krim serbaguna Herbal Blend

Assalamualaikum w.b.t

Nak share pasal kegunaan krim serbaguna iaitu Herbal Blend.

Herbal Blend ni kiranya dah jadi benda yang patut ada dalam handbag mak-mak sekalian.

Tak cukup dengan kunci, sikat rambut, puting anak, lipstik mama..kita tambah lagi dengan krim Herbal Blend ni 🙂

Herbal Blend ni boleh digunakan untuk melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk (nak nak pulak kulit anak kita sensitif), luka terjatuh ketika bermain, terkena air panas, gatal-gatal dan sebagainya. Senang cerita dah jadi macam 1st aid.

Tapi macam mana nak sentiasa bawa krim serbaguna ni ke mana-mana? Takkan nak letak se-tube dalam beg doraemon (handbag mama)?

So saya cadangkan anda letak krim serbaguna Herbal Blend ini dalam bekas kecil ni. Boleh beli 2 bekas pada harga RM5.30 di kedai Daiso. Mudah kan bila ada bekas kecil macam ni. Sudah tentu boleh muat dalam handbag dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Nak selit dalam beg toiletries anak pun boleh, sebagai krim ruam lampin. Tak lah risau kalau anak (ataupun kita) yang terduduk atas beg, takut terpicit keluar.

herbal blend krim

Bila dah buat macam ni, baru lah nampak handy (mudah dicapai). Memang ada krim sebaguna Herbal Blend ni kat rumah, tapi bila terjadi kecemasan di luar rumah, baru lah teringat nak pakai, tapi tak bawa sebab tak muat dalam handbag.  So bila dah letak dalam bekas kecil macam ni, kita memang dah standby untuk perkara-perkara yang di luar jangkaan kita.

Harapnya tips ini membantu anda untuk sentiasa bersedia dengan keadaan tidak terduga.

Salam sayang

signature

 

 

 

 

 

 

 


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

3 thoughts on “Tips untuk sentiasa bawa krim serbaguna Herbal Blend