Vitamin Shaklee Murah 1


Assalamualaikum w.b.t

Produk Yang Overpriced

 

Kali ni saya nak bercerita pasal harga vitamin Shaklee. Selalu orang cakap produk MLM ni overpriced. Modalnya seberapalah sangat, tapi kelepet orang berlipat kali ganda. Memang benar Shaklee adalah bisness MLM dan didaftarkan di bawah Akta Jualan Langsung. Di bawah akta ini, produk Shaklee tidak boleh dijual secara terbuka, maksudnya di rak-rak pameran seperti di pasaraya. Jom kita check sama ada betul ke harga produk Shaklee overpriced?

Tahukah Anda?

 

Biasanya orang yang cakap macam tu tak pernah tanya pun harga produk Shaklee. Cuma buat andaian sendiri. Bila ditanya, dia cuma dengar cakap-cakap orang. Bagi kami sebagai pengedar Shaklee, senyum aje. Tak berkudis pun.

Ok, jom kita ambil contoh yang paling mudah, Vitamin C.

Semua orang tahu pasal kelebihan / kebaikan Vitamin C  dan Vitamin C banyak didapati di farmasi. pusat kecantikan dan sebagainya. Easily found.

Shaklee turut mengeluarkan Vitamin C yang lebih dikenali sebagai Sustained Released Vitamin C. Harganya ialah RM 92.50 untuk 180 tablet. Satu tablet mengandungi 500 mg Vitamin C. Bila dikira-kira, satu tablet SRVC cuma berharga RM 0.51. Itu jika anda beli dengan harga retail tetapi jika anda telah mendaftar sebagai ahli, ianya jauh lebih murah, 20% – 30%.

Ha..bab jadi ahli orang cakap ‘the catch

Kami galakkan anda menjadi ahli supaya anda dapat berjimat sehingga 30%. Kata nak murah kan. Bila anda menjadi ahli, tak semestinya anda perlu menjual. Malah anda dapat membeli produk Shaklee jauh lebih mudah (secara online), tak perlu nak pm / whatapps bagai pengedar Shaklee yang lain. Ramai je yang jadi ahli untuk makan sendiri. Bayaran untuk jadi ahli seumur hidup iaitu RM80 dah balik modal.

(Nanti saya terangkan kelebihan jadi ahli dalam entry yang lain. Karang hilang fokus pulak entry vitamin murah ni )

Hanya RM 0.51 sahaja!!!

  • Jauh lebih murah dari suntikan Vitamin C yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia pun. Rujuk sini
  • Jauh lebih berkesan dari Vitamin C yang di-repack. Entah-entah repack belakang rumah aje macam cerita produk kosmetik dari Thailand yang viral di facebook hari tu.
  • Jauh lebih selamat dari drip diri sendiri dengan bancuhan konon-konon vitamin C. Boleh rujuk cerita di sini 

Vitamin C drip

 

Health is Wealth

 

Untuk kesihatan yang optimum, hanya 2 tablet SRVC sahaja diperlukan. So anda cuma belanja RM 1.02 sahaja sehari. Takkan itu pun nak berkira. Percayalah kos untuk merawat lebih tinggi dari mencegah. Sekarang ni, jika anda demam, batuk dan selsema dan ke klinik, harga ubat mungkin melebihi RM 50. Mana lagi murah?

Memang, bil perubatan boleh claim dengan company tapi rasa tak sihat itu? Hilang selera makan itu? Hilang keseronokan ketika bercuti?

Itu baru saya huraikan mengenai vitamin C yang ramai orang tahu dan pertikaikan harga produk Shaklee mahal. Kalau dah RM 1.02 sehari pun anda terasa mahal, cubalah untuk rasa sakit.

 

Bukan saya doakan supaya anda sakit, cuma saya nak counter balik claim yang cakap produk Shaklee mahal. Ala..orang akan cakap balik, orang bisness memang gitu, bermati-matian mempertahankan produk. Entah la. kalau kita layan cerita-cerita negatif macam ni, memang tak kemana lah kita. Saya dah bagi pengiraan dan sebab yang rasional , terpulang lah. Bagi saya, Shaklee is the BEST 

 

Salam sayang,

signature

 

 

 

 

 

 

 


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

One thought on “Vitamin Shaklee Murah